Tempatan

Rakyat Perlu Ambil Langkah Waspada Hujan Berterusan – Pemangku Raja Pahang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 04 Mac 2022 – KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kepada semua rakyat baginda di negeri Pahang agar mengambil langkah berwaspada terhadap amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, YH Dato’ Haji Ahmad Khirrizal Abdul Rahman berkata, baginda menitahkan agar semua Ketua Jabatan yang berkaitan bencana, Pegawai Daerah, dan Penghulu Mukim agar tidak memandang mudah terhadap ramalan tersebut serta mengambil langkah awal memastikan segala persiapan dalam keadaan sentiasa bersedia untuk digerakkan.

Baginda turut bertitah agar Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, serta Pihak Berkuasa Tempatan memastikan parit dan longkang sentiasa diselenggara dengan baik bagi mengelakkan kejadian banjir kilat.

“Baginda juga menasihatkan agar rakyat yang berada di kawasan berpotensi dinaiki air agar senantiasa berwaspada dan membuat persiapan awal,” ujar YH Dato’ Haji Ahmad Khirrizal Abdul Rahman lagi.

Mengakhiri titah, KDYMM Pemangku Raja Pahang menyeru agar masjid dan surau di Negeri Pahang dapat mengadakan solat hajat agar Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengangkat segala wabak, malapetaka dan bencana dari Negeri Pahang Darul Makmur dan Negara amnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: