Tempatan

Buang Pemikiran Skeptikal Bidang Pertanian – Tengku Hassanal

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 25 Ogos 2021 – KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menyeru golongan muda dan belia untuk membuang pemikiran skeptikal terhadap bidang pertanian.

“Kepada golongan muda dan belia, pemikiran skeptikal terhadap bidang pertanian yang tidak menjamin masa depan atau berpendapatan rendah perlu dibuang jauh. Sekiranya dibuat dengan betul, sektor ini mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan insya Allah.”

Menyentuh konsep pertanian, baginda menitahkan agar penggunaan konsep Internet of Things (IoT) dalam pertanian diperhebatkan bagi mengurangkan penggunaan tanah dan menggandakan keuntungan.

“Konsep pertanian konvensional perlulah diubah kepada pertanian moden dan berteknologi tinggi. Penggunaan IoT atau Internet of Things dalam sektor pertanian perlu diperhebatkan. Dengan adanya teknologi, kita tidak memerlukan tanah yang luas dan besar untuk menggandakan hasil dan keuntungan.”

Susulan itu, Tengku Hassanal menyeru kerajaan negeri Pahang untuk menarik lebih ramai usahawan tani terutama golongan orang muda untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian.

Titah ini disampaikan sewaktu baginda menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-14, 23 Ogos baru-baru ini.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button