Tempatan

Pemangku Raja Pahang Berkenan Santuni Mangsa Kebakaran Karak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

BENTONG, 07 Oktober 2021 – KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan berangkat melawat mangsa kebakaran di Kampung Baru Cina, Karak.

Dalam kunjungan berkenaan, KDYMM Tuanku melawat sekitar tempat kejadian kebakaran yang menyebabkan kemusnahan rumah dan kedai itu di samping mengurniakan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan asas kepada mangsa yang terlibat.

Turut hadir, Pegawai Daerah Bentong, YH Dato’ Mohd Zulkifli Hashim dan YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Salehuddin Ishak.

Sebanyak 48 kediaman dan lapan kedai musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada malam 01 Oktober yang lalu.

Deretan rumah di lorong satu, dua dan tiga di penempatan Kampung Baru Cina berkenaan musnah akibat api yang marak begitu cepat.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: