Tempatan

Pahang Penyumbang Oksigen Utama Semenanjung Malaysia – Tengku Hassanal

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 24 Ogos 2021 – KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menyeru kerajaan Pahang menambah keluasan kawasan hutan simpanan kekal dari semasa ke semasa.

Ini bertepatan dengan status Pahang sebagai penyumbang utama atau green lung di Semenanjung Malaysia.

“Negeri Pahang dengan keluasan hampir 3.6 juta hektar mempunyai peratusan kawasan hutan yang masih tinggi iaitu kira-kira 57 peratus dari keluasan negeri.”

“Mengambil kira peratusan ini, Pahang merupakan penyumbang oksigen utama dan habitat bagi hidupan liar flora dan fauna di Semenanjung Malaysia.”

“Saya menyeru kepada kerajaan saya agar keluasan kawasan hutan simpanan kekal kini yang berjumlah 1.59 juta hektar dapat ditambah dari semasa ke semasa agar Pahang kekal signifikan sebagai green lung untuk Semenanjung Malaysia.”

Susulan itu, baginda menyokong usaha kerajaan negeri Pahang yang bertindak tegas dalam aktiviti penguatkuasaan.

“Tahniah saya ucapkan terutamanya atas ketegasan secara konsisten yang ditunjuk dan dibuktikan oleh orang tua saya, Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.”

“Saya berharap ini diteruskan without fear or favour demi memastikan usaha memelihara pemuliharaan hutan dan alam sekitar di negeri ini berkekalan.”

Tegas Tengku Hassanal, jabatan dan agensi yang terlibat dengan penguatkuasaan berkaitan perlulah menjalankan amanah tersebut sebaik mungkin.

“Saya menyeru kerajaan saya untuk memberikan lebih penekanan kepada pembangunan dan keperluan agensi dan jabatan yang berkaitan dengan penguatkuasaan supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih cekap dan efisien.”

“Kepada jabatan dan agensi yang terlibat dengan penguatkuasaan, jalankanlah amanah tersebut sebaik mungkin. Usahlah takut dan gentar dengan cabaran dan dugaan yang mendatang.”

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah semalam berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Blok A, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button