Tempatan

AMARAN: KL, Kedah Dan Beberapa Negeri Bakal Ditimpa Ribut Petir Lagi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 03 Jun 2022 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengeluarkan amaran terbaharu melibatkan ibu negara dan beberapa negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak yang dijangka akan dilanda ribut petir.

Amaran ribut petir bertarikh 3 Jun 2022 – 5 Jun 2022 itu selain Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak, negeri-negeri lain yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Ramalan cuaca ribut petir bagi seluruh negara dijangka akan melanda di sebelah petang dan malam di semua negeri yang diramalkan tersebut kecuali WP Labuan, Sabah yang dijangkakan dilanda ribut petir pada sebelah pagi iaitu pada Ahad.

Selain itu, ramalan cuaca bagi seluruh negara yang memetik sumber dari Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) turut melaporkan hujan di beberapa negeri iaitu di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang.

Hujan turut dijangkakan di Sabah iaitu di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat, WP Labuan.

Di Sarawak, hujan dijangka di beberapa tempat iaitu Kapit, Bintulu, Miri, Limbang, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Dalam pada itu, seramai 572 mangsa dari tiga negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Kedah telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan, menurut Laporan Terkini Kejadian Bencana Di Seluruh Negara bertarikh 03 Jun 2022, yang dimuatnaik di Twitter Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

137 keluarga di Kedah yang dipindahkan pada 2 Jun 2022 adalah akibat bencana banjir dengan mangsa seramai 541 orang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: