Antarabangsa

Puluhan Ribu Jururawat, Pekerja Ambulans Seluruh Britain Demo Minta Gaji Setimpal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 07 Februari 2023 – Puluhan ribu jururawat dan pekerja ambulans di seluruh Britain akan mengadakan demonstrasi berkenaan bayaran gaji rendah dan keadaan kerja yang tidak memuaskan.

Himpunan ini akan menjadi perhimpunan yang terbesar di dalam sejarah National Health Service negara tersebut.

BACA JUGA: Tamadun Sungai Batu Mempunyai Struktur Bangunan ‘Moden’

BACA JUGA: 4 Punca Kenaikan Harga Sayur – KPDN

BACA JUGA: Krisis ASF Ladang Babi Pulau Pinang, 3 Lagi Dijangkiti

Demonstrasi tersebut dijadualkan akan berlaku pada Isnin ini, yang mana ianya akan melibatkan kedua-dua staff jururawat dan juga pekerja ambulans. Sebelum ini kedua mereka telah mengadakan siri demonstrasi namun berasingan.

Britain kini berdepan dengan arus tindakan industri, selain daripada masalah inflasi yang tertinggi serta krisis kos sara hidup yang terburuk sejak beberapa generasi lalu. Negara tersebut turut berdepan dengan siri demonstrasi yang menjejaskan perkhidmatan awam seperti rangkaian kereta api, perkhidmatan pos, lapangan terbang serta sekolah.

Pada Disember tahun lalu, para jururawat telah mengadakan demonstrasi buat pertama kalinya di negara tersebut sejak satu abad yang lalu.

Para pekerja kesihatan di negara tersebut kini menuntut agar gaji mereka dinaikkan berikutan inflasi di negara tersebut kini berada di tahap yang terburuk sejak empat puluh tahun lalu. Manakala kerajaan pula menyatakan bahawa pihak mereka tidak mampu untuk membuat kenaikan tersebut kerana ianya akan menatijahkan kepada kadar inflasi bahan api yang lebih buruk.

Sharon Graham, pemimpin bagi kesatuan Unite menyatakan pada Ahad lalu bahawa beliau mahu agar Perdana Menteri, Rishi Sunak untuk tampil berunding. Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan sebenarnya menipu mengenai pekerja ambulans.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: