Antarabangsa

Bunuh Melayu Kerana Benci, Warga Australia Dipenjara 5 Tahun Di Singapura

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 12 April 2022 – Seorang lelaki warga Australia dihukum penjara selama lima tahun dan enam bulan setelah didapati bersalah atas kesalahan menyebabkan kematian warga emas lelaki berbangsa Melayu.

Andrew Gosling menyerang seorang lelaki Melayu yang berusia 73 tahun itu sehingga terbunuh dengan membaling sebotol wain ke arah mangsa setelah didorong oleh sifat permusuhannya terhadap Islam.

Hakim Victor Yeo berkata, “Saya bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa kesalahan membabitkan unsur demonstrasi permusuhan agama terhadap orang Islam.”

“Kesalahan sedemikian boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama Singapura dengan secara serius serta tidak boleh dibiarkan dan mesti ditangani dengan tegas.”

Balingan botol itu juga telah menyebabkan kecederaan pada bahagian bahu tubuh isteri mangsa yang berusia 69 tahun.

Selain kecederaan pada tubuhnya itu, isteri warga emas itu juga mengalami penderitaan dari segi sudut mental dan emosi akibat kejadian itu.

Isteri mangsa memberitahu mahkamah bahawa kematian suaminya adalah suatu kehilangan besar buat dirinya dan keperitannya semakin terasa menjelang bulan Ramadan.

Menurut keterangan dalam mahkamah, selepas melakukan serangan itu, Gosling kemudian bertindak melarikan diri sambil menjerit-jerit kata-kata yang berunsur menghina agama Islam.

Gosling mengaku bertindak sedemikian kerana berasa marah terhadap umat Islam disebabkan kecewa terhadap serangan militan yang mengakibatkan ramai rakyat Australia terkorban di Bali dan Melbourne.

Walau bagaimanapun, peguam Gosling dalam pembelaan berkata, pertimbangan anak guamnya ketika itu berkemungkinan terjejas berpunca daripada pengambilan alkohol dan bukannya bermotifkan agama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: