Iktikaf Ramadan Dibenarkan Di Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
MEKAH, 28 Mac 2022 – Selepas selang dua tahun, Arab Saudi telah memutuskan untuk membenarkan semula amalan iktikaf di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada bulan Ramadan tahun ini.
Berita gembira ini diumumkan oleh Ketua Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Dr Abdul Rahman Al-Sudais.
Beliau berkata Pejabat Presiden akan mula mengeluarkan permit melalui laman web rasminya tidak lama lagi beserta dengan syarat khusus dan kriteria yang ditetapkan.
Selain itu, portal online turut dilancarkan untuk memberi garis panduan dan kemudahan pendaftaran kepada bakal jemaah yang berniat untuk melakukan iktikaf.
Terdahulu, kedua-dua masjid agung ini pernah menerima sehingga 100,000 jemaah iktikaf menjelang 10 hari terakhir Ramadan.
Namun, amalan iktikaf dihentikan buat seketika dek kerana penularan wabak COVID-19.