Tempatan

Wanita Makan Di Khalayak, Anda Patut Hormat Orang Berpuasa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 April 2022 – Tular sebuah klip rakaman litar tertutup menunjukkan seorang wanita memesan makanan di sebuah restoran makanan segera lalu memakannya di restoran tersebut pada waktu siang di bulan Ramadan.

“Kepada tiga orang akak yang pakai tudung tadi datang order nugget 9 piesces, cheezy fries, air mineral & ice lemon tea then duduk makan kat situ nak tanya, takda rasa serba salah ke dengan customer lain yang puasa,” kata seorang pengguna aplikasi tiktok bernama @anak penyu menerusi hantarannya.

Katanya, biarpun tidak boleh berpuasa, wanita itu seharusnya mempunyai rasa hormat terhadap orang lain yang berpuasa.

Audio visual yang dirakam oleh pekerja restoran terbabit menangkap perhatian warga maya apabila ada antara mereka yang mengkritik tindakan wanita itu. Tetapi ada juga yang mempertahankan tindakan tiga wanita terbabit

“Hormat orang berpuasa? Eh, hello??? Kau umur berapa? Dah besar panjang, puasa setiap tahun, tengok orang makan sikit iman terus tak kuat ke?” tulis seorang pengguna bernama @picsesinme di laman Twitter.

“Bukan soal iman kuat ke tak, ni soal mengundang fitnah. Kau dah lah bertudung, budak-budak kalau nampak kau tak puasa kang jadi persoalan pulak. Kita puasa sebulan je setahun, tak boleh ke kalau hormat bulan ni je? Malam kau nak makan ikut suka hati kau lah,” balas seorang pengguna lelaki bernama @Shahsarcasm kepada ciapan itu.

Seorang lagi pengguna, @hannhlyn menyatakan bahawa wanita tidak perlu menyorok untuk makan di waktu bulan puasa dan pemikiran itu harus diubah.

“Isunya bukan sebab tak puasa. Tapi dine in kat situ. Tak pasal restoran kena saman pasal kau nanti,” tulis @89uyaron.

Hantaran itu telah mencapai 11, 500 tanda retweet dan 19, 400 tanda suka ketika ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: