Antarabangsa

Sami Hindu Ikrar Culik Dan Rogol Muslimah Depan Masjid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UTTAR PRADESH, 13 April 2022 – Tular video seorang sami Hindu membuat ucapan berbaur kebencian terhadap umat Islam di hadapan ratusan para pelampau Hindu berdepan sebuah masjid.

Sami itu secara terbuka membuat ugutan secara terbuka berbentuk sebuah ikrar berjanji akan menculik para Muslimah dan merogol mereka di khalayak ramai.

VIdeo tular tersebut menunjukkan sami kawasan tersebut dari yang mengenakan kain berwarna saffron, memberi ucapan dengan menggunakan pembesar suara dari dalam sebuah jeep kepada ramai penyokongnya yang berhimpun di luar.

Dalam sebuah video tular lain, terdapat empat orang anggota polis di tempat kejadian, tiga daripada mereka berada dalam kenderaan yang sama dengan sami Hindu itu sewaktu beliau memberi ucapan kebencian terhadap umat Islam itu.

Beliau menggertak, sekiranya terdapat seorang pun gadis diganggu oleh umat Islam, beliau berjanji akan menculik para Muslimah dan akan merogol mereka di depan orang ramai.

“Aku nak beritahu jika kamu kacau sahaja seorang gadis Hindu, aku akan culik para Muslimah dari rumah dan rogol mereka secara terbuka.”

Ikrar beliau itu disambut dengan jeritan sahut menyahut para pengikutnya, “Jai Shri Ram!” – ungkapan yang mengagungkan Rama, dewa sembahan mereka.

Sami tersebut juga mendakwa umat Islam di kawasan itu telah membuat perancangan membunuhnya, dan sudah pun mengumpul 2.8 juta rupee untuk tujuan itu.

“2.8 juta rupee telah dikutip untuk bunuh saya dalam kandang babi ini (merujuk kepada perkampungan Muslim).”

“Dengar sini penduduk kandang babi ini, kandang babi ini atau engkau semua tidak akan kekal nanti!”

Beberapa hari yang lalu, sekumpulan pelampau Hindu telah membuat provokasi dengan menari di atas bumbung masjid dan di kawasan perkarangannya sambil mengibarkan bendera-bendera berwarna saffron sambil melaungkan “Jai Shri Ram” semasa menyambut perayaan tahun baru Hindu.

Selepas itu, mereka juga bertindak membakar lebih daripada 40 buah rumah, beberapa buah kedai, dan beberapa buah kenderaan umat Islam di kampung itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: