Tempatan

Dakwaan Raya Aidilfitri Awal Sehari Tidak Benar – Balai Cerap Al-Khawarizmi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 April 2022 – Balai Cerap Al-Khawarizmi, Jabatan Mufti Melaka menegaskan sebarang pemakluman awal mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah tidak benar sehingga hasil keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443H diterima dan selesai dilakukan.

Kenyataan ini dikeluarkan di laman Facebook agensi itu selepas tular satu mesej yang mendakwa terdapat kemungkinan Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan jatuh pada tarikh 2 Mei, sehari lebih awal dari yang tertera di kalendar, iaitu pada 3 Mei 2022.

Mesej tular itu juga memohon semua bersiap sedia menyediakan keperluan yang diperlukan bagi mengelakkan sebarang kejadian panik jika hari raya disambut lebih awal.

“Untuk makluman semua, mohon sediakan keperluan yang diperlukan. Hari raya tahun ini mungkin akan berubah dan awal sehari dari yang tertera di kalendar. Raya akan disambut Isnin 2hb Mei dan bukannya 3hb seperti yang semua maklum. Ini disebabkan perkiraan syarat kenampakan hilal imkanurukyah tahun ini mengikut format baru. Walau apapun, tetap akan bergantung penuh kepada pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja. Di pihak kita mohon bersedia, takut panik pula jika diumum raya 2hb nanti.”

Menurut Balai Cerap Al-Khawarizmi, rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443H di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di seluruh Malaysia.

Kemudian, hasil keputusan rukyah akan dilaporkan pada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

“Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 29 Ramadan 1443H.”

Keputusan kenampakan hilal akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tambah agensi itu.

Justeru, “Sebarang pemakluman awal adalah tidak benar sehingga hasil keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443H diterima dan selesai dilakukan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: