Tempatan

Perisytiharan Puasa 1 Ramadan 2022

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 April 2022 – Tarikh rasmi hari pertama puasa untuk Ramadan di Malaysia tahun ini jatuh pada tarikh 03 April 2022, bersamaan 1 Ramadan 1443 Hijriah.

Tarikh itu disahkan melalui pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad secara langsung sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli yang maha mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad 3 April 2022.”

Sebelum itu, sesi cerapan melihat anak bulan telah dilakukan di 29 lokasi terpilih seluruh negara.

Kami di samudera.my mengucapkan Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada semua pembaca yang beragama Islam. Semoga ibadah kita di bulan yang mulia ini diterima oleh Allah SWT.

Mahu tahu jadual waktu berbuka dan imsak? Klik Sini

Leave a Reply

Back to top button