Iman dan Teknologi: Merapatkan Jurang Kepercayaan Dengan Pengguna
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
Sedikit masa lagi teknologi dan agama akan saling berkait rapat. Bermula sebagai fungsi aplikasi doa dan meditasi merentas semua agama kini telah bertukar menjadi sesuatu yang lebih besar yang mana berpotensi untuk mencapai dan memberi kesan kepada orang ramai yang mana tidak pernah berlaku sebelum ini. Malah, ia kini telah membuka jalan kepada pembangun aplikasi untuk memperkenalkan kandungan keagamaan yang memberi inspirasi dan menggalakkan pengguna untuk menetapkan matlamat dan menyuburkan kerohanian mereka.
Kira-kira lebih 1.9 bilion umat Islam di seluruh dunia, Islam dianggap sebagai agama yang paling pesat berkembang. Tetapi aplikasi yang menerajui pasaran yang semakin berkembang ini, termasuk Muslim Pro, telah dibangunkan dalam sedekad yang lalu atau lebih, dengan tujuan utama untuk menyediakan waktu solat yang tepat dan bahan utiliti lain untuk masyarakat Islam.
Bermula secara sederhana di Singapura, Muslim Pro kini telah berkembang dan aplikasi Muslim Pro telah dimuat turun lebih 120 juta pengguna dari 190 buah negara, membantu umat Islam dari seluruh dunia untuk beribadah pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada. Sebagai sebuah perniagaan, Bitsmedia, penerbit aplikasi Muslim Pro, sentiasa menunjukkan semangat untuk mencipta ciri-ciri inovatif dan terus berusaha meningkatkan mutu aplikasi kepada semua pengguna, tidak kira di mana jua mereka berada di dunia ini. Tetapi perjalanannya ada dugaan.
Bagi kebanyakan perniagaan, pandemik COVID-19 telah mempercepatkan usaha transformasi digital apabila pengguna semakin meningkat dalam menggunakan alternatif digital dan aplikasi utiliti mudah alih untuk menjalankan aktiviti harian mereka. Di Muslim Pro, terdapat peningkatan yang besar dalam penggunaan aplikasi iaitu lebih daripada 11 juta pengguna aktif harian dalam beberapa bulan pertama pandemik. Ini bukanlah satu trend yang mengejutkan – dalam keadaan yang tidak menentu di dalam dunia, ramai orang kembali kepada agama masing – masing kerana dari situ mereka beroleh ketenangan dan kekuatan. Trend ini ditambah lagi dengan larangan, yang membawa kepada penutupan tempat ibadat dan perkhidmatan solat, menyebabkan semua orang beralih kepada teknologi untuk mengamalkan kepercayaan mereka – sama ada melalui persidangan video atau aplikasi mudah alih seperti Muslim Pro.
Kami sangat berbangga dapat memainkan peranan yang kecil dalam memudahkan komuniti Muslim Pro dan membantu pengguna terus berhubung dengan Islam. Kami menikmati berjuta cabaran setiap hari dalam memberikan perkhidmatan, memastikan aplikasi Muslim Pro berjalan dengan lancar. Tetapi semakin jenama berkembang, begitu juga dengan tanggungjawab kami. Sebagai aplikasi Muslim yang terbesar di peringkat global, kami memahami keperluan pengguna untuk berasa selamat semasa menggunakan aplikasi, untuk memastikan data mereka dilindungi dan kebebasan untuk melindungi hak privasi mereka.
Oleh itu, apabila Muslim Pro dikaitkan dengan syarikat yang didakwa menjual data kepada kontraktor yang berkaitan dengan tentera Amerika Syarikat, kami memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa tempatan masing-masing untuk memudahkan penyiasatan dan bekerja bersama pakar keselamatan untuk memastikan integriti ke atas perlindungan dan tadbir urus data kami. Bitsmedia telah dan akan terus memastikan pematuhan ketat terhadap piawaian keselamatan untuk memastikan integriti ke atas data pengguna kami pada setiap masa – ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kami kepada komuniti.
Komitmen Terhadap Keselamatan Data dan Privasi
Pada zaman sekarang, aplikasi mudah alih menjadikan dunia sentiasa berjalan. Kita bergantung kepada aplikasi untuk membeli-belah, membaca, bermain, mendengar muzik, berkomunikasi dan juga berdoa. Kajian mendapati bahawa purata seorang pengguna telefon pintar mempunyai 40 aplikasi yang dimuat turun pada telefon bimbit mereka, dan 87% pengguna telefon pintar menghabiskan masa pada aplikasi mudah alih.
Walau bagaimanapun, kemajuan teknologi mudah alih juga mempunyai risiko dan potensi ancaman. Dalam era digital moden ini, keselamatan data dan privasi data sangat pantas menjadi tumpuan bagi kebanyakan syarikat teknologi, dengan sumber dialihkan kepada teknologi perlindungan keselamatan. Apple, sebagai contoh, memperkenalkan tetingkap timbul untuk pengguna iPhone yang meminta kebenaran pengguna untuk dijejaki oleh aplikasi yang berbeza. Google juga baru-baru ini menggariskan rancangan untuk melumpuhkan teknologi penjejakan dalam pelayar web Chromenya dan Facebook telah berkata bahawa mereka sedang mengusahakan kaedah baharu untuk memaparkan iklan tanpa bergantung pada data peribadi seseorang.
Dasar privasi Bitsmedia dipandu oleh piawaian dan peraturan antarabangsa kerana melindungi data peribadi pengguna kami adalah keutamaan kami.
Ciri-ciri asas aplikasi Muslim Pro boleh digunakan tanpa mendaftar atau log masuk. Ini bermakna kita hanya memerlukan sedikit atau tiada data untuk diproses. Kami juga mengaplikasikan langkah keselamatan standard industri untuk memastikan data pengguna kami selamat dan terjamin pada infrastruktur awan kami. Selain daripada ini, Muslim Pro komited terhadap audit bebas tetap yang memastikan kami bertanggungjawab dan memastikan tahap perlindungan keselamatan yang tinggi.
Tawaran Baharu Untuk Pengguna
Membina aplikasi yang berjaya bukan hanya tentang membesarkan nama, ia adalah tentang menginovasi dan memperkenalkan ciri dan penambahbaikan yang berguna dan bermanfaat untuk pengguna. Industri aplikasi mudah alih sangat berdaya saing dan untuk mencapai kelebihan daya saing adalah penting bagi syarikat teknologi memerhatikan pesaing dan analisis pasaran, sambil mengekalkan pengalaman pengguna sebagai tumpuan utama.
Dalam kes Muslim Pro, aplikasi kami bertujuan untuk menambahkan keimanan dan ritual pengguna kami. Mengenai perkembangan terkini, kami secara peribadi sangat teruja untuk memperkenalkan Streak Rewards di mana kami menggalakkan masyarakat Islam global untuk memulakan amalan harian yang sihat untuk menjejaki ibadah (worship) mereka. Dengan hanya mendaftar masuk ke aplikasi Muslim Pro secara berturut-turut untuk menyemak waktu solat, mencari kiblat, atau membaca Al-Quran, mereka akan mendapat ganjaran. Mereka juga mungkin berkongsi ganjaran mereka dengan orang lain untuk menyebarkan amalan harian yang positif ini.
Muslim Pro juga baru-baru ini melabur lebih banyak ke dalam kandungan untuk menambah lebih banyak bahan kandungan ke dalam komuniti kami. Ini berdasarkan daripada pemerhatian bahawa umat Islam masih kekal dan kurang diwakili dalam media dan hiburan, di mana mereka sering digambarkan dalam stereotaip negatif. Sebagai seorang Muslim, saya sentiasa kecewa dengan generalisasi watak Muslim yang digambarkan dalam media—ia bukanlah gambaran yang tepat tentang kepelbagaian budaya dan identiti masyarakat Islam global.
Oleh kerana itu Bitsmedia berharap dapat merapatkan jurang ini di dalam pasaran, di samping mempelawa orang yang bukan Islam untuk menerokai dunia kita. Kami juga telah melabur untuk mendapatkan artikel-artikel dan dan video-video yang mengandungi pelbagai topik seperti kesihatan mental, seni Islam dan bimbingan rohani terdapat di dalam aplikasi Muslim Pro—tetapi banyak lagi perkara yang boleh kami lakukan dan kami baru sahaja bermula.
Muslim Pro mungkin bermula sebagai aplikasi utiliti, tetapi ia berkembang pesat untuk menjadi aplikasi gaya hidup Muslim yang terkemuka untuk umat Islam. Semasa kami membuat skala untuk membangunkan ciri dan perkhidmatan baharu, Bitsmedia akan terus melabur dan melaksanakan perlindungan keselamatan yang diperlukan untuk memastikan privasi pengguna kami sentiasa dilindungi.
Pada pendapat peribadi saya, ini adalah cara yang ideal untuk memperbaiki kehidupan pengguna aplikasi, dan kami berbesar hati untuk merapatkan kepercayaan dan teknologi dengan masyarakat Islam global. Mari kita teruskan perjalanan ini bersama-sama.
Nik Emir Din,
Ketua Pegawai Kewangan dan Pengurus Negara Muslim Pro (Malaysia),
Bitsmedia
Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my