Antarabangsa

Tanggungjawab Umat Islam Jangan Lukakan Hati Hindu – Basanagouda

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KARNATAKA, 12 April 2022 – Basanagouda Patil Yatnal, penggubal undang-undang Parti Bharatiya Janata (BJP) menyatakan bahawa orang Islam bertanggungjawab untuk memastikan sentimen Hindu tidak terjejas.

“Untuk setiap tindakan, akan ada reaksi. Umat Islam terpaksa tinggal bersama-sama penganut Hindu di negara ini. Mereka perlu memastikan bahawa mereka tidak menyakiti Hindu. Ucapan pemimpin Muslim telah membangkitkan kemarahan orang ramai dan wujudnya reaksi pada tindakan tersebut,” ujarnya.

Kenyataan itu dikeluarkannya sehari selepas gerai seorang peniaga tembikai yang merupakan warga emas beragama Islam dirosakkan ahli Sri Ram Sene (Pasukan Tentera Dewa Rama), sebuah organisasi sayap kanan di daerah Dharwad, Karnataka kira-kira 400km daripada Bengaluru.

Tambahan lagi, beberapa buah kereta tolak milik umat Islam juga telah dirosakkan anggota kumpulan sayap kanan berhampiran kuil Sri Nuggikeri Hanumantha, Dharwad.

Sejak serangan terhadap wanita berhijab berlaku, kumpulan sayap kanan telah mensasarkan masyarakat Muslim dalam isu-isu seperti daging halal, azan, sekatan kepada ahli kumpulan minoriti untuk menyertai pesta agama Hindu serta meminta orang ramai tidak membeli buah dan menggunakan teksi yang dimiliki bukan Hindu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: