Tempatan

Upah Jahit Baju Raya Meningkat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 10 April 2022 – “Saya terpaksa juga kenakan upah sekitar RM5 hingga RM10 bergantung pada jenis dan rekaan baju yang diminta. Contohnya, baju kurung pesak sekarang saya jual harga RM45, kalau dulu RM35.”

Itulah perkongsian daripada Nor Ashimah Mohamad Nawawi, 34, seorang tukang jahit yang sudah berpengalaman selama 25 tahun, menurut Sinar Harian.

Menurutnya, kenaikan harga upah itu berikutan peningkatan harga barangan menjahit seperti zip, getah pinggang dan kertas gam.

Perkara yang sama turut berlaku kepada tukang jahit Mohamad Firdaus Mohmad Bakari, 25 yang berasal dari Muar.

“Saya sendiri pun tidak boleh nak tanggung semua sebab barangan keperluan menjahit makin mahal.”

“Lagipun, saya juga ada sertai kelas menjahit, jadi dengan kemahiran dan harga barang ini saya padankan dengan upah yang diterima buat masa sekarang.”

“Upah menjahit sekarang mengalami kenaikan sekitar RM5 hingga RM10 bagi sehelai pakaian, tetapi saya tidak naikkan harga terlalu melampau disebabkan lokasi saya adalah di luar bandar,” ujarnya.

Namun, rata-rata tukang jahit bersyukur tempahan untuk menyiapkan baju raya bagi meraikan sambutan Aidilfitri pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: