Antarabangsa

Pusat Islam Dicemari Vandalisme Di Bulan Ramadan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

VIRGINIA, 22 April 2022 – Pusat Islam West End dicemari oleh perbuatan vandalisme di bulan Ramadan pada Sabtu lalu, kejadian kedua dalam tempoh enam bulan.

Namun, kejadian ini telah pun menjadi kes polis, lapor CNN.

“Pihak polis sedang menyiasat perbuatan vandalisme di pusat Islam tersebut,” kata jurucakap Bahagian Polis Daerah Henrico, Leftenan Matthew Pecka.

Katanya lagi, perbuatan vandalisme itu termasuklah grafiti, taburan sampah, tingkap pecah dan kerusi meja terbalik di dalam bangunan.

“Tiada nota atau butiran khusus mengenai grafiti. Polis Henrico telah mengambil langkah, mendokumentasikan kejadian itu dan ini kekal sebagai penyiasatan aktif terbuka. Kami mahu semua anggota masyarakat berasa selamat di tempat dan pilihan ibadat mereka,” tambah Pecka.

Pecka memberitahu, kejadian ini masih belum diklasifikasikan sebagai jenayah kebencian tetapi pihak polis akan meningkatkan rondaan di kawasan itu.

Sebelum ini, kejadian yang sama berlaku pada November 2021 tetapi tidak diketahui sama ada kedua-dua insiden itu ada kaitan ataupun tidak.

Pada masa yang sama, Pusat Islam West End menggelar kejadian itu sebagai “ungkapan kebencian” dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web mereka.

Menurut kenyataan tersebut, pusat itu tidak dapat merakam kejadian atau suspek yang berpotensi di kamera tetapi merasakan ia patut disiasat oleh kerajaan tempatan, negeri dan persekutuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: