Tempatan

Berhenti Buru Rohingya Yang Larikan Diri – Peguam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 April 2022 – Organisasi Lawyers for Liberty (LFL) mendesak Kerajaan untuk berhenti memburu Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang baru-baru ini.

“Kami mendesak Kerajaan untuk menghentikan pemburuan terhadap Rohingya ini. Satu-satunya jenayah mereka adalah mereka dihalau keluar dari negara sendiri secara paksa,” kata Zaid Malek, Ketua Koordinator LFL dalam satu kenyataan.

Organsisasi hak asasi manusia itu juga mahu Kerajaan untuk segera membebaskan semua pelarian dan pencari suaka lain dari pusat tahanan mereka bagi mengelak malapetaka ini berulang.

Ujar Zaid Malek, masalah sebenar yang patut ditangani adalah tindakan pihak berkuasa menahan ratusan Rohingya yang dianggap sebagai pelarian dan pencari suaka, di depoh imigresen sementara.

“Tidak ada sebab yang jelas mengapa begitu ramai daripada mereka ditempatkan bersesak-sesak di depoh sementara, memandangkan mereka tidak mungkin dihantar pulang ke negara asal mereka dengan prinsip ‘non-refoulement’.”

“Prinsip ini melarang mana-mana negara daripada menghantar pulang individu ke negara di mana mereka akan menghadapi penyeksaan, layanan atau hukuman yang kejam atau tidak berperikemanusiaan atau merendahkan maruah.”

“(Ini) menyebabkan etnik Rohingya tidak mungkin dihantar pulang ke negara mereka, kecuali jika Kerajaan mahu bercanggah dengan undang-undang antarabangsa,” kata Zaid Malek.

Malah, LFL juga mengingatkan Kerajaan bahawa, mengikut seksyen 34(1) Akta Imigresen 1959/63, Depot Tahanan Imigresen hanya boleh menahan seseorang untuk tempoh yang diperlukan, untuk membuat pengaturan bagi pemindahan mereka.

Undang-undang tidak membenarkan penahanan selama-lamanya di depoh imigresen, seperti yang berlaku dalam kes Rohingya ini.

Oleh itu, jika Malaysia benar-benar ingin memainkan peranan penting dalam HRC, kerajaan mesti memimpin melalui teladan dan menganggap Rohingya sebagai mangsa, bukan pesalah, tegas Zaid Malek.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: