Antarabangsa

Arab Saudi Umum Peraturan Baharu Sempena Ramadhan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 08 Mac 2023 – Arab Saudi mengumumkan beberapa peraturan baharu sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba.

Menurut Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Saudi, Sheikh Dr Abdullatif bin Abdullaziz Al-Sheikh menerusi surat pekeliling yang dikeluarkan, para imam dan muazzin dikehendaki hadir sepanjang tempoh bulan suci Ramadhan ini kecuali jika diperlukan di mana ketidakhadiran mereka haruslah tidak melebihi waktu yang ditetapkan.

BACA JUGA: Rugi Puluhan Ribu, Jemaah Umrah Digalakkan Ambil Insurans

BACA JUGA: Lubuk Judi Sabung Ayam Diserbu, 7 Ditahan

BACA JUGA: Pejabat Kadi Segamat Buka Pusat Pandu Lalu, Kumpul Naskhah Al-Quran Musnah Banjir

Sekiranya tidak hadir, mereka dikehendaki untuk melantik individu lain sepanjang ketidakhadiran itu dengan mendapatkan persetujuan daripada Kementerian di wilayah tersebut di mana orang yang dilantik itu hendaklah berupaya untuk memikul bertanggungjawab.

Selain itu, bacaan doa sewaktu menunaikan solat tarawih pula hendaklah dipendekkan dengan membataskannya kepada himpunan doa serta doa-doa sahih. Malah, bacaan doa secara berintonasi dan beralun juga perlu dielakkan.

Bukan itu sahaja, peraturan itu turut menetapkan bahawa penggunaan kamera tidak boleh digunakan untuk memotret imam serta jemaah sewaktu mereka menunaikan solat serta sesi menunaikan solat tersebut tidak dibenarkan untuk disiarkan biarpun dalam sebarang bentuk media.

Bagi iktikaf pula, imam bertanggungjawab untuk mengesahkan mereka yang ingin beriktikaf bagi memastikan tiada pelanggaran daripada mereka.

Sementara itu, peraturan itu turut menyebut bahawa pengumpulan sumbangan kewangan bagi projek berbuka puasa (atau lain-lain) juga tidak dibenarkan.

Tidak terhenti setakat itu, mereka yang ingin berbuka puasa juga hendaklah melakukannya di tempat yang disediakan di halaman masjid serta tidak membuka sebarang ruang mahupun khemah bagi tujuan tersebut.

Malahan, peraturan itu turut menyeru para jemaah agar tidak membawa anak-anak mereka kerana dikhuatiri akan mengganggu jemaah yang lain.

Untuk rekod, surat pekeliling itu dikeluarkan kepada semua cawangan Kementerian sebagai sebahagian daripada persiapan Kementerian bagi menyambut bulan suci Ramadhan 1444H.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: