Antarabangsa

Muslim Penuhi Times Square, Dirikan Solat Terawih

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 04 April 2022 – Ribuan Muslim memenuhi kawasan Times Square, New York malam semalam bagi meraikan hari pertama berpuasa.

TRT World melaporkan, orang-orang Islam di sana berkumpul beramai-ramai untuk berbuka puasa di kawasan tarikan pelancong itu sebelum sama-sama mendirikan solat sunat terawih berjemaah.

Selain itu, kira-kira 1,500 hidangan berbuka telah diagihkan untuk umat Islam yang menghadiri majlis tersebut.

Aktiviti berbuka puasa dan berterawih itu dianjurkan oleh pempengaruh, SQ, yang juga merupakan pengasas Project ZamZam.

CBS New York menyifatkan program itu sebagai aktiviti dakwah terbesar dalam sejarah di New York. Bersyukur atas kejayaan program dakwahnya, SQ menerusi laman Instagramnya berkata,

“Mengadakan terawih pertama di Times Square adalah mimpi jadi kenyataan. Apatah lagi ini bandar yang sama yang dikuasai dengan Islamofobia berikutan serangan 9/11. Mendengar laungan azan yang bergema di Times Square adalah satu pengalaman yang menakjubkan.”

Majoriti umat Islam di seluruh dunia mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan pada 2 April 2022. Manakala umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada hari Ahad, 3 April 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: