Tempatan

150 Ribu Biji Telur Setiap Minggu Disediakan Untuk Ramadan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 09 Februari 2023 – Sebanyak 150,000 biji telur akan dibekalkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu setiap minggu dalam bulan Ramadan nanti bagi menampung permintaan yang tinggi.

Ketika ini, Terengganu menerima bekalan 90,000 biji telur seminggu, namun jumlah itu tidak akan mencukupi pada bulan Ramadan.

BACA JUGA: Tragedi MH17: Ramai Lagi Suspek Akan Dikenal Pasti

BACA JUGA: Malang Sekali Orang Islam Jadi Jurucakap Perkara Mungkar – Ridhuan Tee

BACA JUGA: Gempa Turkiye-Syria: Lebih 21 NGO Malaysia-Indonesia Sasar Kutipan Bantuan RM3 Juta

Pengarahnya, Nukman Hashim berkata oleh itu, pihaknya telah membuat permintaan itu kepada ibu pejabat untuk menguruskan penghantaran tersebut.

“Penggunaan telur sangat tinggi sepanjang Ramadan kerana pengusaha kuih-muih tradisional dan pengusaha bakeri memerlukannya untuk pelbagai menu hidangan.”

“Begitu juga dengan peniaga kecil-kecilan yang menggunakan telur sebagai bahan utama dalam jualan masakan. Kita berharap bilangan tersebut adalah cukup untuk menampung keperluan penduduk Terengganu pada bulan puasa nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Nukman memaklumkan masalah bekalan sayur-sayuran yang semakin berkurangan bakal pulih pada Ramadan nanti.

Namun begitu, katanya harga sayuran mungkin akan meningkat atas faktor-faktor tertentu.

“Pengeluaran agak terjejas kerana banyak kawasan tanaman sayur-sayuran terjejas banjir baru-baru ini dan untuk penyelesaian sementara, FAMA Terengganu akan membawa 10 tan stok bekalan sayur-sayuran untuk menampung permintaan di pasaran.”

“Mungkin ada sedikit peningkatan harga sayur tertentu kerana pelbagai faktor namun bekalannya akan stabil pada Ramadan dan Aidilfitri nanti,” katanya selepas meninjau Program Jualan Terus Dari Ladang di Gelong Bilal pada Rabu lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: