Tempatan

Anak Muda, Separuh Ramadan & Masjid: Tahniah Masjid Masih Penuh – Ahmad Fadhil NorRozaman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GOMBAK, 20 April 2022 – “Alhamdulillah, walaupun sudah hampir masuk separuh malam Ramadhan, jemaah masih semangat meneruskan terawih 20 rakaat sehingga habis. Yang paling taa’jub adalah jemaah remaja dan pelajar sekolah tidak kurang banyak bersama-sama. Mantap anak muda. Lokasi: Masjid Amaniah, Gombak,” ciap Ahmad Fadhil NorRozaman dalam Twitternya.

Pujian yang diberikan oleh Tokoh Imam Akbar itu kepada jemaah disambut positif oleh pengguna media sosial lain yang berkongsikan ciapannya di laman Facebook.

Berdasarkan komen-komen yang diberikan, rata-ratanya memuji pengurusan pihak masjid dalam usaha mengimarahkan rumah Allah itu.

Khairullah Ibnu Safari berkata, “Sejujurnya walaupun saya sekejap je duduk kat area Batu Caves sebelum PKP 1.0, Masjid Amaniah Batu Caves tiap-tiap minggu ada je kelas mengaji, kursus imam dan bilal, kursus pengurusan jenazah dan menjemput penceramah-penceramah yang alim buat majlis ilmu. Alhamdulillah… Pengurusan masjid masih konsisten malah lagi pemurah sebab sediakan iftar dan sahur seperti sebelum terjadinya PKP 1.0. Syabas dan jutaan terima kasih banyak kepada pengurusan dan AJK-AJK Masjid Jamek Al-Amaniah Batu Caves.”

Noraini Noor Nor pula berkata, “Alhamdulillah. Tahniah kepada semua AJK masjid di atas kewibawaan dalam mengukuhkan ukhwah sesama jemaah tak kira peringkat usia.”

Manakala, pihak pengurusan Masjid Amaniah pula mengucapkan ucapan tahniah kepada anak muda dan semua yang masih lagi bersemangat untuk menunaikan ibadah menjelang separuh malam Ramadan.

“Tahniah anak muda dan semua.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker