Kantin Sekolah Tutup Bukan Masalah Agama – Netizen
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 07 April 2022 – “Bukan masalah agama radikal ke apa tapi sekolah lagi-lagi yang kebangsaan sekarang dah sikit non-Muslim so tak berbaloi,” komen seorang pengguna media sosial tentang isu pemakluman dari pihak sekolah mengenai penutupan kantin sekolah sepanjang bulan Ramadan.
Ciapan balas ini timbul susulan pemilik akaun Twitter @ayshardzn menciap, “Sorry but I don’t think school canteens should close during Ramadan. Especially primary schools,” yang mendapat lebih 15 ribu likes.
Selain itu, pemilik akaun @FIKARL3 dalam hantaran balasnya senada mengenai perkara ini dengan memaklumkan bahawa dia dan ibunya tidak memperoleh keuntungan yang berbaloi dengan berniaga di kantin sekolah pada bulan Ramadan atas faktor sekolah tersebut mempunyai jumlah pelajar non-Muslim yang tidak ramai.
“Dulu aku dengan mak running bisnes kantin sekolah, terus-terang aku cakap kalau bukak kantin time puasa, at least kena ada 100-200 non-Muslim baru berbaloi nak operation. Kalau dah 50 orang je yang non-Muslim beli, sumpah tak berbaloi and rugi every f**king day.”
Sebelum ini, tular satu pemakluman mengenai penutupan kantin sekolah sepanjang bulan Ramadan di salah sebuah Sekolah Kebangsaan di ibu kota yang disalah tafsir dan menimbulkan salah faham.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh portal mStar, pemakluman tersebut ditujukan kepada murid Islam sahaja selepas mengambil kira ramai murid yang berpuasa di dalam kelas.
Seterusnya, guru sekolah berkenaan yang enggan mendedahkan identitinya telah membuat permohonan maaf di atas kekeliruan yang timbul dan mengalu-alukan pihak yang masih kurang jelas untuk menghubunginya.