Tempatan

Johor Isytihar Cuti Umum 26 Mac Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISKANDAR PUTERI, 10 Mac 2023 – Kerajaan Johor bersetuju mengisytiharkan 26 Mac 2023 (Ahad) sebagai Hari Kelepasan Am di negeri itu.

Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani memaklumkan sedemikian menerusi satu kenyataan di laman Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor semalam.

Beliau berkata, cuti tersebut diberikan sebagai ganti Hari Kelepasan Am yang berlaku serentak pada 23 Mac 2023, sekiranya awal Ramadan jatuh pada tarikh tersebut.

BACA JUGA: Musang King Haram: Tanah Orang Asli Perak Diceroboh

BACA JUGA: TERKINI: SPRM Sahkan Muhyiddin Bakal Didakwa Di Mahkamah Esok

BACA JUGA: AS Bakal Bekal Australia, 5 Kapal Selam Berkuasa Nuklear

Pada tarikh yang sama juga merupakan Hari Kelepasan Am bagi Negeri Johor bersempena Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.

Justeru itu, kenyataan memetik, “Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju mengisytiharkan tarikh 26 Mac 2023 (Ahad) sebagai Hari Kelepasan Am selaras dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: