Antarabangsa

Suntik Vaksin Tak Batalkan Puasa Ramadan – BIMA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON – Persatuan Perubatan Islam Britain (BIMA) menyatakan bahawa menerima suntikan vaksin dalam bulan Ramadan adalah dibenarkan di dalam Islam dan tidak membatalkan puasa.

Menteri Vaksin UK Nadhim Zahawi berkata, beliau sedar Muslim UK bimbang untuk menerima suntikan dos pertama vaksin kerana dos kedua akan diberikan dalam bulan Ramadan.

Oleh itu, negara itu akan menyesuaikan kempen koronavirus mereka sesuai dengan bulan Ramadan. Namun, bagaimana caranya masih tidak jelas.

Menurut Pengarah NHS Race and Health Observatory, Dr Habib Naqvi pula, tiada sebab untuk tidak menerima suntikan dos pertama dan dos kedua vaksin dalam bulan Ramadan.

“Unsurnya (vaksin) adalah halal, dan menurut pandangan sarjana Islam, menerima suntikan vaksin tidak akan membatalkan puasa Ramadan.”

Muslim seluruh dunia akan mula berpuasa Ramadan pada tarikh 12 April 2021.

Dalam perkembangan lain, negara Malaysia akan memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada 24 Februari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah akan menjadi individu awal menerima vaksin Pfizer-BioNTech itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: