Tempatan

Mana ‘Pelindung’ Melayu? – Siti Kasim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, April 2022 – Peguam, Siti Kasim, baru-baru ini mempersoalkan di mana keberadaan pihak yang mendakwa sebagai pelindung Melayu di saat penduduk Kampung Baru dikerah untuk berpindah menjelang Ramadan baru-baru ini.

“Mana ‘pelindung-pelindung’ Melayu?” soalnya, mengulas sebuah berita dari FMT bertajuk “Penduduk Kampung Baru Mengadu Pengusiran Sebelum Raya”.

Peguam tersebut turut menyeru pihak yang menggunakan agama dan institusi diraja sebagai agenda politik namun tidak berbuat apa-apa susulan isu ini.

“Dengan segala sembang-sembang kamu tentang feudalisme, agama dan raja-raja. Kamu sewajarnya selamkan kepala dalam kumbahan,” tegasnya dalam hantaran di laman Facebook.

Baru-baru ini penduduk Kampung Baru menyuarakan keluhan apabila diarahkan untuk berpindah sebulan sebelum Hari Raya.

“Mereka tak tahu ke Hari Raya bulan depan dan sekarang (adalah bulan) Ramadan? Dekat mana kami nak duduk sementara itu?” keluh seorang penduduk seperti yang dilaporkan FMT.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: