Tempatan

Israel Serang Masjid al-Aqsa, JAKIM Mohon Qunut Nazilah Seluruh Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 21 April 2022 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memohon jasa baik semua Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri menggerakkan semua masjid seluruh negara bersama melaksanakan bacaan doa Qunut Nazilah ekoran serangan Israel ke atas jemaah Masjid al-Aqsa.

Bacaan doa Qunut Nazilah itu akan dilaksanakan semasa solat sunat witir setiap malam selepas solat sunat terawih di seluruh negara bermula malam ini.

“Terkini, Masjid al-Aqsa diceroboh dalam keadaan umat Islam sedang memberi tumpuan beribadah di bulan Ramadan yang mulia ini.”

“Justeru, JAKIM mengambil inisiatif melalui masjid-masjid utamanya iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk melaksanakan bacaan doa Qunut Nazilah itu,” kata Ketua Pengarah, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff.

Umat Islam sentiasa mengamalkan bacaan doa Qunut Nazilah ketika dilanda bencana seperti peperangan, kemarau, wabak dan pelbagai musibah lainnya.

Menurut sejarah, Rasulullah S.A.W. pernah membaca Qunut Nazilah selama sebulan ekoran kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang para sahabat penghafaz al-Quran oleh musuh Islam.

Baru-baru ini, tentera rejim Israel telah menceroboh Masjid suci al-Aqsa dan menyerang jemaah di dalamnya sehingga mencederakan seramai 152 jemaah yang sedang beribadah sempena Ramadan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: