Tempatan

Suntikan Vaksin Covid-19: Kerajaan Bakal Keluarkan Pasport Vaksin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEPANG – Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba memberitahu bahawa kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang menerima suntikan vaksin Covid-19.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang memperhalusi dua cadangan yang dikemukakan iaitu, paparan di aplikasi MySejahtera dan pengeluaran dokumen fizikal.

“Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain.”

Fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dimulakan awal dua hari, iaitu pada Rabu (24 Feb), berbanding seperti dijadualkan sebelum ini, pada Jumaat (26 Feb) selepas Malaysia menerima 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech pada pukul 10.07 pagi semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Fasa pertama akan berlangsung sehingga April dengan menumpukan pemberian kepada anggota perubatan.

Fasa kedua pula akan bermula dari April hingga Ogos melibatkan kumpulan berisiko tinggi termasuk mereka yang berusia 60 tahun ke atas, mereka yang menghidap penyakit berbahaya dan orang kurang upaya.

Fasa ketiga yang bermula Mei hingga Ogos tahun depan melibatkan rakyat berusia 18 tahun ke atas.

Menteri MOSTI, Khairy Jamaluddin juga menyatakan, mereka yang mengalami kesan sampingan serius selepas mendapatkan suntikan akan diberi pampasan ex-gratia oleh kerajaan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun kerajaan tidak akan mewajibkan pengambilan vaksin seperti dilaksanakan di negara lain namun, pasport imuniti mungkin diperlukan untuk perjalanan di masa depan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: