Tempatan

Dalam Bulan Ramadhan Pun Penguatkuasa Agama Tak Percayakan Umat Islam – Zaid Ibrahim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 April 2022 – Peguam, Zaid Ibrahim pada Isnin baru-baru ini memuatnaik ciapan memerli tindakan pihak penguatkuasa agama yang bertindak tegas pada bulan Ramadhan ini.

“Dalam bulan Ramadhan kita dapat lihat betapa tidak percayanya penguatkuasa-penguatkuasa Islam terhadap sesama Islam. Tak malu mereka hina umat Islam?” tegasnya.

Beliau mengulas isu di mana orang Islam di Melaka akan dikenakan notis sekiranya didapati membawa rokok bersama mereka sebelum jam 2 petang dan juga isu di mana kedai makan tidak dibenarkan beroperasi sebelum jam 3 petang.

“Sekarang kamu tidak boleh ditemukan bersama rokok sebelum jam 2 petang (di) Melaka. Kedai pun sudah tidak boleh beroperasi sebelum jam 3 di Kelantan,” tambahnya lagi.

Beberapa pengguna Twitter turut menyokong kenyataan bekas Ketua DAP Kelantan tersebut, di mana @christinepamela menyifatkannya sebagai ‘kawalan minda’ (mind control).

“Kawalan minda gaya ‘Orwellian’, mempolitikkan agama untuk tujuan utama mengawal masyarakat.” Ujarnya.

Pengguna lain dengan nama pengguna @aishaanuar3 pula menyatakan:

“Kepercayaan adalah, dan sewajarnya menjadi sesuatu yang peribadi dan tidak dikawal. Pemisahan negara dengan agama adalah perlu untuk demokrasi berkembang,” tambahnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: