Antarabangsa

Tentera Israel Berpesta Bunuh Muslimah OKU Palestin Tanpa Senjata

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERUSALEM, 12 April 2022 – Tentera rejim Israel menembak mati seorang perempuan Palestin tidak bersenjata, Ghada Sabateen yang berusia 47 tahun di bandar Husan, kawasan barat Bethlehem.

Wanita tersebut merupakan seorang yang cacat penglihatan: buta mata sebelah, dan rabun teruk di sebelah yang lain.

Rakaman video pembunuhan berdurasi 1:10 minit berkenaan melihatkan tiga askar rejim zionis lengkap bersenjata dan berperisai menembak pejalan kaki itu dan telah menerima pelbagai reaksi dari warganet di Twitter.

Saya boleh bayangkan jika video ini dari Ukraine, media akan dibanjiri, mungkin Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan diadakan esok. Suatu hari nanti Palestin akan berdiri dan berjuang.”

“3 askar bersenjata lengkap memakai jaket kalis peluru. Bersembunyi di sebalik blok simen. Dia (wanita Palestin) tidak bersenjata. Namun, mereka membunuhnya. Mengatakan dia ‘mencurigakan’. Dia tidak curiga – mereka pengecut dan tidak sabar-sabar untuk membunuh. Namun, mereka mahu mengawasi cara kami menggambarkan mereka. Inilah Zionisme. Tidak boleh dipertahankan,”

Dalam pada itu, difahamkan bahawa pada hari yang sama juga tentera Zionis telah membunuh sebanyak tiga orang rakyat Palestin.

Terkini, pihak pelampau Yahudi mempromosikan ganjaran kewangan kepada mereka yang melakukan provokasi pelampau di kawasan Al-Aqsa, mencemarkan masjid pada bulan Ramadan. Ganjaran termasuk 10,000 NIS bersamaan RM13210.20 untuk perbuatan Tribue iaitu penyembelihan haiwan hidup atau penyemburan darah haiwan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button