Tempatan

Azan Maghrib Awal: Jemaah Terlibat Perlu Ganti Puasa – Mufti Selangor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

GOMBAK, 22 April 2021 – “Puasa batal dan perlu diganti,” kata Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid mengenai status puasa mereka yang berpandukan azan Maghrib di Masjid Al Khairiyah Taman Seri Gombak, Isnin lalu.

“Bagaimanapun, bahagian falak Mufti Selangor berdasarkan kajian menetapkan jika seseorang berbuka cepat dua minit sebelum masuk waktu dikira sah.”

“Jadi bagi mereka yang berbuka di hujung azan atau selepasnya dikira sah kerana berada di dalam tempoh dua minit itu.”

Pada 19 April baru-baru ini, pihak Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor tersilap melaungkan azan tiga minit lebih awal sebelum waktu yang sebenar berpunca akibat masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di rumah ibadah itu.

Ia hanya disedari apabila ahli jawatankuasa masjid melihat jam masing-masing.

Menyedari kesilapan yang berlaku, pihak pentadbir masjid segera mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf selain turut menyatakan, puasa mereka yang terlibat dalam insiden itu terbatal dan ia perlu diganti semula berdasarkan jumhur ulama.

Berikutan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah meminta masjid berkenaan supaya menghantar laporan dan memberi keterangan berhubung kejadian yang berlaku.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: