Tempatan

Netizen Berang Azam Baki Heret Agong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHAMIS, 13 Januari 2022 – Netizen meluahkan kemarahan mereka terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki kerana mengheret KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam isu skandal integritinya.

“Semua pass ke Agong when sendiri patut boleh buat the right thing – take leave and clear your name Azam. First you drag MACC, now Agong..you’re good as guilty now,” kata seorang pengguna laman sosial Twitter.

Pandangan ini turut dikongsi @kalossharon yang menempelak Azam Baki dengan berkata,“Why drag Agong on this? Azam Baki has zero shame.”

“What is so difficult to resign instead of leaving to Agong? You admitted you’re much aware that procedures prohibit, so you cannot conduct your own investigations on Azam Baki or any MACC officers. You cleared him unilterally. Did not have Board mandate to do so. Apa lagi mau?” Ciap @FabAshburn pula di dalam laman sosial milik beliau.

12 Januari baru-baru ini, nama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong trending di laman sosial Twitter selepas keluar laporan berita di mana Tan Sri Azam Baki menegaskan, hanya Yang di-Pertuan Agong boleh menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“The only person who can terminate me is Yang di-Pertuan Agong.”

Sebelum ini, Azam didakwa memiliki antara 1.9 juta hingga 2.9 juta saham dalam sebuah syarikat senaraian awam pada 2016, serta 2.15 juta waran dalam sebuah lagi syarikat lain semasa memegang jawatan sebagai pengarah bahagian siasatan SPRM.

Mengikut Pekeliling Bilangan 3 yang dikeluarkan pada tahun 2002, Pegawai Awam tidak dibenarkan membeli mana-mana saham dengan nilai tidak lebih daripada RM100K.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: