Antarabangsa

400 Pekerja Pakistan Berdemo, Dakwa Jurutera Warga China Hina Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PAKISTAN, 18 April 2023 – Seorang warganegara China yang bekerja untuk sebuah projek pembinaan di Pakistan kini berada di bawah perlindungan polis setelah para pekerja projek tersebut telah menuduhnya dengan tuduhan penghinaan terhadap Islam.

Di Pakistan yang mana majoriti rakyatnya adalah beragama Islam, isu penghinaan agama adalah sebuah isu yang sangat sensitif. Bahkan semata-mata khabar angin mengenai kenyataan yang berkaitan dengan penghinaan agama boleh membawa kepada rusuhan dan keganasan.

BACA JUGA: Bekalan Air Capai Paras Maksimum, Rakyat Diminta Simpan Air Raya Ini

BACA JUGA: Cuaca Panas: Kementerian Sumber Asli Nasihat Orang Ramai Jimat Penggunaan Air

BACA JUGA: Azan Maghrib 5 Minit Awal, Pengurusan Masjid Ar-Rahimah Mohon Maaf

Para pegawai tempatan telah mengeluarkan kenyataan pada Isnin lalu mengatakan bahawa warganegara China tersebut yang merupakan seorang jurutera di projek Dasu Hydropower di daerah Khyber Pakhtunkhwa telah dituduh menghina agama setelah beliau mengeluarkan kenyataan “bekerja dengan lembab” sewaktu di bulan Ramadan.

Menurut pegawai tersebut, para pekerja menyatakan bahawa mereka sedang berpuasa namun menafikan bahawa kerja mereka dijalankan dengan lambat, yang mana perbuatan tersebut telah bertukar menjadi pertikaian lidah.

Setelah itu, para pekerja projek tersebut telah menuduh jurutera China tersebut dengan tuduhan mengeluarkan kenyataan menghina dan setelah itu sekitar 400 warga tempatan telah berkumpul bagi membuat protes terhadap kenyataan tersebut.

Aduan bertulis telah dibuat dan pihak polis mengenal pasti akan lelaki warga China tersebut sebagai seorang penyelia pengangkutan berat dengan nama “Mr. Tian” dan menyatakan bahawa kenyataan yang dibuat oleh lelaki tersebut telah “mencetuskan ketegangan”.

Seorang lagi pegawai polis di Dasu, Muhammad Nazir telah menyatakan bahawa lelaki warga China terbabit telah pun dipindahkan ke sebuah tempat yang selamat sebagai langkah berjaga-jaga. Setakat ini tiada sebarang ulasan yang dibuat oleh kedutaan China di Islamabad berkaitan hal tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: