Siti Kasim Selar JAIM
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 05 April 2022 – “Melampau! Ini sudah tentu tidak berperlembagaan. Sesiapa yang dikenakan penggeledahan haram, dicabar! Mereka tidak berhak melakukan ini.”
This is certainly unconstitutional. Whoever being imposed dis illegal search, challenged!. They hv no right 2 do this. Melampau! Ini sudah tentu tidak berperlembagaan. Sesiapa yg dikenakan pencarian haram ini cabar. Mereka tidak berhak melakukan ini. https://t.co/8hbXPCdHhY
— Siti Kasim (@sitikasim) April 3, 2022
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Siti Kasim di Twitternya berkenaan dengan artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian yang bertajuk ‘Individu Bawa Rokok Sebelum Jam 2 Petang Bakal ‘Ditazkirah’.
Siti Kasim menyelar tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang mengeluarkan notis terhadap individu yang didapati membawa atau terbawa rokok sebelum jam 2 petang sepanjang Ramadan ini.
Baginya, tindakan itu tidak berperlembagaan dan pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) tidak berhak melakukan tindakan ini.
Dalam artikel tersebut, terpapar gambar pengarah JAIM, Datuk Che Shukri yang sedang memeriksa poket seluar seorang warga emas dan menemui kotak rokok bersamanya di Klebang pada Ahad lalu
Menurut Che Shukri, operasi yang dilakukan pada hari pertama Ramadan itu mencatatkan dua kes individu membawa rokok pada siang hari.
Jelasnya, mereka yang diberikan notis akan diminta ke pejabat dan diberikan nasihat agar tidak mengulangi perbuatan itu dan tidak mempengaruhi orang lain.