Tempatan

Ramadan: ‘Geng Plastik Hitam’ Guna ‘Drive-Thru’ Ambil Makanan Dipesan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 01 April 2023 – Setiausaha Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDK-PI), Mohd Azman Ghazali mendedahkan ‘Geng Plastik Hitam’ kini menggunakan taktik pandu lalu bagi mengambil makanan yang dipesan di kedai yang bersubahat dengan mereka.

Kata beliau, aplikasi Whatsapp akan digunakan oleh mereka ini bagi memesan makanan pada waktu malam dan mengambilnya ketika pagi.

BACA JUGA: PRN Pulau Pinang, “Kerusi Majoriti Melayu Bakal Dimenangi PN”-Penganalisa

BACA JUGA: Pihak Berkuasa Perancis Tolak Kemasukan Imam Dan Ulama Morocco

BACA JUGA: Bufet Ramadan: Dua Hotels Diarah Titip, 46 Kompaun Diberikan Penguatkuasa Kesihatan

“Mereka mengaku membuat pesanan awal dan mengambil makanan siap masak dengan lauk tertentu yang dipilih pada waktu pagi,” ujarnya.

Menurut Azman, taktik berkenaan yang sering digunakan sewaktu penularan COVID-19 kini semakin giat digunakan di mana golongan ini kemungkinan berfikiran tindakan itu dapat mengaburi pandangan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

“Strategi itu mungkin tidak menjadikan ramai pelanggan tertumpu di kedai itu tetapi masih ada yang menjadi mata dan telinga pihak berkuasa,” jelas beliau lagi.

Sehubungan itu, Azman mengatakan bahawa pemantauan secara konsisten akan tetap dilakukan bagi mengelakkan perbuatan tidak bermoral ini dan beliau turut percaya operasi sedemikian boleh memberi kesan positif terhadap pematuhan undang-undang.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyatakan bahawa hukuman setimpal boleh dikenakan kepada orang Islam sama ada pihak menjual atau mereka yang makan di tempat terbuka pada waktu siang hari bulan Ramadan termasuklah hukuman penjara dan denda.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: