Antarabangsa

Ratusan Pendatang Israel Ceroboh Masjid Al-Aqsa Dengan Perlindungan Polis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 06 Mei 2022 – Lebih 600 pendatang Israel menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur dengan perlindungan polis Israel melalui Pintu Maghribi pada Khamis antara 7 pagi hingga 11 pagi, malah lebih banyak lagi yang dijangka akan menyusul tiba.

Pencerobohan tersebut disambung kembali selepas 10 hari berhenti pada hari-hari terakhir Ramadan untuk meraikan penubuhan Israel 74 tahun lalu mengikut kalendar Yahudi, yang disebut sebagai Hari Kemerdekaan.

Israel menduduki Baitulmuqaddis Timur, yang menempatkan al-Aqsa sewaktu Perang Arab-Israel 1967 dan merampas keseluruhan kawasan Baitulmuqaddis itu pada 1980 dan mengisytiharkan sebagai ibu negara kekal dan bersatu negara Yahudi.

Serbuan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh pasukan keselamatan Israel telah mencederakan sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin termasuk 14 dengan keretakan akibat peluru bersalut getah dan gas pemedih mata, lapor pusat perubatan lapangan sama al-Quds, menurut Al Jazeera.

Bulan Sabit Merah memaklumkan, terdapat dua orang cedera akibat dipukul dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Selain itu, kira-kira 50 lelaki Palestin, termasuk warga emas dan kanak-kanak juga telah ditangkap dan dibawa keluar dari perkarangan dari Bab al-Silsila.

Sebelum ini, penduduk Israel bertindak ‘mensenyapkan’ azan Maghrib dengan memotong wayar pembesar suara di luar Masjid Al-Aqsa dengan alasan bahawa Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet sedang menyampaikan ucapannya di Tembok Barat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: