Antarabangsa

Jururawat Bunuh Tujuh Bayi Di Hospital Dipenjara Seumur Hidup

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 22 OGOS 2023 – Seorang jururawat Britain telah didapati bersalah membunuh tujuh orang bayi yang baru dilahirkan serta turut didapati bersalah dalam percubaan membunuh enam lagi bayi sewaktu tempoh perkhidmatannya di sebuah unit neonatal berdekatan Liverpool.

Kehakiman tersebut telah dimuktamadkan pada Jumaat lalu setelah berlalunya proses perbicaraan selama 10 bulan.

Jururawat yang berusia 33 tahun itu, Letby yang telah bertugas sebagai jururawat neonatal di Countess of Chester Hospital di antara tahun 2015 sehingga 2016 telah disyaki melakukan jenayah tersebut setelah para doktor melaporkan siri kematian dan kecederaan dalam kalangan bayi yang baru lahir serta bayi tidak cukup bulan.

BACA JUGA: Sultan Selangor Titah Kerajaan Negeri Selesaikan Isu Banjir

BACA JUGA: Sambutan Hari Kebangsaan: Dilarang Terbangkan Dron Sehingga 31 Ogos Ini

BACA JUGA: Penjawat Awam Wajib Pakai Batik Malaysia Setiap Khamis

Pihak pengurusan hospital telah menafikan laporan-laporan tersebut namun pihak polis telah melancarkan siasatan dan Letby telah ditangkap pada tahun 2018.

Siasatan telah menemukan nota bertulisan tangan yang telah diakui oleh Letby sebagai tulisannya yang tertulis “Saya adalah orang jahat yang teruk”, “Saya adalah kejahatan dan saya telah melakukan ini”.

Beberapa ibu bapa telah tampil dan menyatakan kepada para penyiasat bahawa mereka pernah melihat Letby menyerang beberapa bayi di hospital tersebut dan sewaktu itu beliau menjawab “percayalah saya, saya seorang jururawat”.

Letby pada Isnin lalu telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Hakim James Goss, yang mana kes tersebut telah menjadikan Letby sebagai seorang pembunuh kanak-kanak yang paling terkemuka dalam Sejarah Britain moden.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: