Antarabangsa

Harga Minyak Naik Di Syria, Penduduk Sweida Berdemo

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SYRIA, 18 OGOS 2023 – Satu siri protes telah berlaku di bandar Sweida yang kebanyakannya didiami oleh penduduk beretnik Druze disebabkan kejatuhan ekonomi negara tersebut serta isu kontroversi berkenaan kenaikan harga minyak.

Ratusan penduduk yang melakukan demonstrasi itu telah bertindak membakar tayar-tayar, menghalang jalan serta melaungkan slogan-slogan yang bersifat anti kerajaan yang menyeru agar Presiden Bashar Assad dijatuhkan dari pemerintahan.

Para pendemo telah menjerit “Hidup Syria dan Assad kena Turun”, yang mana ianya telah dilakukan berhampiran ibu pejabat polis serta pejabat gabenor pada masa di mana pihak penguatkuasa keselamatan memilih untuk mengelak dari sebarang konfrontasi.

BACA JUGA: Kos Bahan Binaan Bakal Meningkat Lagi

BACA JUGA: Tular 54K Warga China Dalam Proses Warganegara: Penjelasan KDN

BACA JUGA: Nahas Pesawat: Jangan Kongsi Gambar, Video Visual Mangsa Insiden – MCMC

Salah seorang yang menyertai demostrasi tersebut, Ryan Marouf menyatakan bahawa ianya adalah kebangkitan rakyat yang menzahirkan kemarahan mereka yang selama ini terpendam, yang diletuskan sewaktu pihak kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga minyak gas.

Ujar beliau lagi, “Mereka menuntut kehidupan dengan kehormatan”.

Nilai matawang Syria telah jatuh daripada 47 pound bagi satu dolar sewaktu bermulanya konflik pada 2011 kepada 15,500 pound.

Pihak kerajaan telah membuat kenyataan bahawa pemotongan subsidi itu hanya akan memberi kesan kepada golongan kaya, namun para pendemo telah mengatakan bahawa tindakan kerajaan itu hanya menyusahkan rakyat kebanyakan Syria yang berdepan dengan susah payah untuk mendapatkan makanan dan keperluan asas disebabkan inflasi dan penurunan pendapatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: