Tempatan

Kalimah Allah: NGO Islam Berhimpun Di Shah Alam Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 19 Mei 2023 – Badan bukan kerajaan (NGO) Islam dijangka mengadakan demonstrasi bantahan terhadap keputusan Kerajaan menarik balik rayuan kes kalimah Allah di Shah Alam hari ini.

Perkara itu diumumkan menerusi hantaran Facebook sebuah NGO Islam semalam.

Menurut hantaran, demonstrasi yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama beberapa NGO Islam lain bakal diadakan di perkarangan tempat letak kereta Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14, Shah Alam hari ini selepas menunaikan solat Jumaat.

BACA JUGA: Cubaan Import Satu Kontena Bible Guna Kalimah Allah Didedahkan

BACA JUGA: Konsep Madani Anwar Bertentangan Konsep Sebenar Dalam Islam – Muafakat

BACA JUGA: GEMPAR! Jemaah Umrah ‘Diserang’ Belalang Di Masjid Nabawi

Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa berkata, “Setelah pelbagai isu yang melibatkan umat Islam dalam negara, daripada isu konsert dan hinggalah kes kalimah Allah, menjadi tanggungjawab kita untuk menyatakan pendirian dan solidariti kita untuk mempertahankan kesucian nilai agama Islam apabila ianya telah disentuh dan diambil ringan oleh pihak Kerajaan.”

Sehubungan itu, pihak penganjur menyeru semua rakan-rakan NGO, tokoh-tokoh (NGI) dan seluruh umat Islam untuk hadir menyertai demonstrasi bantahan ini bagi menzahirkan solidariti mempertahankan kesucian agama Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: