Tempatan

Cubaan Import Satu Kontena Bible Guna Kalimah Allah Didedahkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Mei 2023 – Satu kontena mengandungi kitab Injil dalam Bahasa Indonesia yang menggunakan kalimah Allah pernah cuba diseludup masuk ke Malaysia pada tahun 2005, dedah bekas Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), Tan Sri Noh Omar.

Noh berkata, penyeludupan itu kemungkinan perancangan pihak tertentu untuk mengimport bahan bacaan berbentuk dakwah bagi sesuatu agama yang boleh mengelirukan akidah umat Islam.

BACA JUGA: Isu Kalimah Allah: PM Cuai, Buat Kenyataan Yang Mengelirukan

BACA JUGA: Kes Rayuan Kalimah Allah, Putrajaya Langgar Titah Diraja – Bersatu

BACA JUGA: Kalimah Allah: Kenyataan Anwar Ibrahim Salah – Haniff Khatri

Susulan itu, beliau mengarahkan kontena itu tidak dibenarkan masuk ke dalam negara.

“Ketika itu Kerajaan Barisan Nasional (BN) satu kerajaan yang kuat dan mempunyai sokongan 198 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat iaitu sokongan lebih dua pertiga, maka tiada mana-mana pihak mempertikaikan tindakan tersebut,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, pada Khamis.

Dalam pada itu, Noh menyatakan sokongan atas kenyataan Majlis Agama Islam Selangor tidak bersetuju dengan tindakan Kerajaan Persekutuan menarik balik kes rayuan kalimah Allah kepada Mahkamah Rayuan.

Menurut Noh, isu itu bukan sahaja berkaitan pentadbiran, istilah dan keselamatan, tetapi ia turut melibatkan akidah umat Islam serta pentadbiran agama Islam yang berada di bawah bidang kuasa Raja-Raja Melayu di setiap Negeri.

Noh turut berpandangan, Mahkamah tempat terbaik untuk mencari jalan penyelesaian mengenai isu kalimah Allah dan sekiranya keputusan Mahkamah tidak memihak kepada rayuan Kerajaan Persekutuan, maka Kerajaan Madani boleh meminda undang-undang sedia ada.

“Agar perkataan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja atau membuat undang-undang baru yang mempunyai maksud yang sama.”

Jelasnya, walaupun undang-undang tersebut berkemungkinan hanya terpakai di Wilayah Persekutuan, tetapi ia boleh dijadikan panduan kepada kerajaan-kerajaan Negeri untuk meminda atau membuat enakmen baharu berkaitan isu ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: