Antarabangsa

GEMPAR! Jemaah Umrah ‘Diserang’ Belalang Di Masjid Nabawi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MADINAH, 18 Mei 2023 – Jemaah umrah yang berada di sekitar Masjid Nabawi diserang kawanan belalang ekoran daripada peralihan musim dan gelombang cuaca ketika ini.

Agensi Pengurusan Masjid Nabawi dengan kerjasama pelbagai agensi di bawah Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Haramain memaklumkan, lebih 1,000 petugas pembersihan dikerah dan lebih 600 alat pembersih elektrik dan manual digunakan khas untuk menangkap serangga itu.

Para petugas digerakkan setiap hari dan sepanjang masa bagi memastikan masjid berkenaan sentiasa selamat untuk kunjungan para jemaah.

BACA JUGA: LIMA ’23: Ruang Udara Langkawi Ditutup 18-27 Mei Ini

BACA JUGA: Perlis Bina Telaga, Persediaan Darurat Iklim

BACA JUGA: Enggan Pakai Nombor ‘Pelangi’, 5 Pemain Bola Muslim Dikecualikan Dalam Perlawanan

Mereka membersihkan dan melaksanakan disinfeksi dalam fasiliti masjid seperti ruang ibadah, karpet-karpet, payung elektronik yang menjadi ikon Masjid Nabawi serta beberapa kawasan lain.

Selain itu, pihak pengurusan masjid turut mengurangkan pencahayaan lampu sekitar Masjid Nabawi bagi menghalang kedatangan belalang secara berkumpulan, bahkan payung masjid sentiasa dibuka sepanjang masa.

Menurut data, gelombang musim serangan belalang sering berlaku di Arab Saudi sekitar Januari hingga Jun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: