Antarabangsa

Kerajaan Saudi Larang Siar Solat Terawih

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JEDDAH, 29 Mac 2022 –Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi melarang pihak media dari menyiarkan solat terawih yang diadakan di negara itu.

Larangan itu dikeluarkan dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di laman web kementerian tersebut baru-baru ini.

“Kementerian menekankan agar pekerja-pekerja masjid termasuk para imam dan muezzin untuk sentiasa hadir sepanjang bulan Ramadan, tidak menggunakan kamera di dalam masjid untuk menangkap gambar imam dan makmum yang sedang menunaikan solat, tidak menyiarkan atau menyebarkan sebarang bentuk media ketika jemaah sedang mendirikan solat.”

Tidak lama selepas kenyataan itu dikeluarkan, kerajaan Arab Saudi menyatakan bahawa mereka akan tetap menyiarkan rakaman langsung tanpa gangguan solat jemaah dari dua buah masjid suci di Mekah dan Madinah.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan kenyataan dari pihak Haramain Sharifain, pengendali rasmi penerbitan berita dua masjid suci di Mekah dan Madinah.

“Saluran Satelit TV Quran dan Sunnah akan meneruskan Siaran Langsung tanpa gangguan dari Masjid Al Haram dan Masjid Nabawi 24/7.”

Menurut Middleeasteye, sebahagian pengkritik percaya kerajaan Arab Saudi semakin menjauh dari prinsip-prinsip Islam di bawah kepimpinan de-facto Mohammed bin Salman.

Peralihan sosial di negara Teluk konservatif itu termasuklah membenarkan konsert bercampur jantina dan acara lain.

Awal tahun lalu, bumi Anbiya’ digegarkan dengan tarian berahi samba di jalan utama Jazan, sebuah bandar pelabuhan di Arab Saudi sempena Festival Musim Sejuk Jazan.

Festival Musim Sejuk Jazan 22’ ditaja oleh Putera Mohammed bin Nasser, sebagai Gabenor Jazan dengan kerjasama daripada beberapa orang pegawai Saudi.

Negara teluk itu juga pernah menganjurkan festival Riyadh Season 2, pesta besar-besaran yang bakal memberi kepuasan tidak terhingga kepada mereka yang dahagakan hiburan dengan hidangan lebih daripada 70 konsert.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: