Antarabangsa

Sudah Tentu Saudi Akan Iktiraf Israel – Menteri Luar Saudi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DAVOS, 17 Januari 2024 – “Sudah tentu,” jawab Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan apabila ditanya sama ada Arab Saudi akan mengiktiraf Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian politik lebih luas.

Beliau berkata, Arab Saudi sedia mengiktiraf pendudukan haram itu sekiranya kesemua persetujuan dicapai, termasuk isu kenegaraan Palestin yang merupakan perbincangan bercita-cita tinggi ketika perang Israel dan Hamas tidak menunjukkan tanda reda ketika ini.

Menerusi Forum Ekonomi Dunia (WEF), Putera Faisal juga menegaskan, “Kami bersetuju bahawa keamanan serantau termasuk keamanan untuk Israel, tetapi itu hanya boleh berlaku melalui keamanan untuk Palestin melalui penubuhan negara Palestin.”

Tambah beliau, untuk mendapatkan keamanan serantau melalui penubuhan negara Palestin adalah “sesuatu yang telah kami usahakan dengan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dan ia lebih relevan dalam konteks Gaza.”

Perjanjian normalisasi Israel dengan Arab Saudi menjadi ganjaran utama untuk rejim haram selepas mereka menjalin hubungan diplomatik dengan beberapa buah negara Timur Tengah iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Maghribi selain mampu mengubah geopolitik rantau tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: