Antarabangsa

‘Kaum Nabi Lut’ Dialu-alukan Ke Saudi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 08 Mei 2023 – Pihak berkuasa Arab Saudi kini membenarkan ‘kaum Nabi Lut’, iaitu golongan LGBTQ untuk masuk ke negara itu.

Menurut media, dalam usaha untuk menarik pelancong, laman web Penguasa Pelancongan Saudi (STA) nampaknya telah mengemas kini bahagian Q&A untuk menyatakan bahawa pelancong gay dialu-alukan di kerajaan itu.

BACA JUGA: YDPA Al-Sultan Abdullah Ketua Negara Pertama Hadiri Istiadat Pertabalan Raja UK

BACA JUGA: UAE Rancang Bina Masjid Cetakan 3D Pertama Di Dunia

BACA JUGA: Kawasan Hijau KL Makin Kritikal

“‘Semua orang dialu-alukan untuk melawat Arab Saudi dan pelawat tidak diminta untuk mendedahkan butiran peribadi sedemikian,’ adalah jawapan laman web itu kepada soalan di halaman FAQ: ‘Adakah pelawat LGBT dialu-alukan untuk melawat Arab Saudi’,” tambah media.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan tepat bila laman web itu dikemas kini.

Jurucakap STA pula berkata, dasar itu telah dilaksanakan sebelum ini, tetapi versi arkib tapak web pada 14 Mac 2023 dan sebelum ini tidak mempunyai soalan dan jawapan pada halaman tersebut.

Aktiviti seksual sejenis antara lelaki dan antara wanita merupakan satu kesalahan jenayah di Arab Saudi. Sabit kesalahan akan dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: