Antarabangsa

Pembesaran Masjid Quba: 200 Hartanah Dirampas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MADINAH, 29 Disember 2022 – Lebih 200 hartanah sekitar Masjid Quba akan dirampas bagi membangunkan fasa pertama projek pembesaran masjid itu tidak lama lagi.

Lembaga Kemajuan Wilayah Madinah (MRDA) berkata, projek baru ini akan meliputi pembangunan sekitar kawasan masjid dengan pembesaran sebanyak 10 kali ganda untuk menampung 66,000 jemaah.

Selain itu, pihak berkuasa juga sedang berusaha untuk memelihara tapak bersejarah dan menghubungkannya dengan masjid serta menambah bilangan pokok kelapa sawit dan ladang untuk mengintegrasikannya dengan kompleks masjid berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai rampasan lebih 200 hartanah, pihak berkuasa menggesa pemilik hartanah terlibat mengosongkan kawasan mereka dan menghubungi jabatan hartanah bagi menguruskan prosedur pampasan.

Sebelum kawasan terbabit dirobohkan, MRDA memberi tempoh sebulan kepada pemilik tanah sebelum memutuskan bekalan air, elektrik dan perkhidmatan utiliti lain pada awal Rejab ini.

Projek Raja Salman bagi Pembesaran Masjid Quba ini adalah sebuah projek meliputi beberapa ladang wakaf bersejarah serta rumah-rumah bersebelahan dengan masjid. Ia dilancarkan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman pada awal Ramadan 2022.

Laporan mendedahkan, kajian pembesaran Masjid Quba mengambil masa kira-kira enam hingga tujuh tahun untuk disiapkan. Masjid ini dianggap masjid kedua terbesar selepas Masjid Nabawi dan akan menjadikannya masjid ketiga terbesar di Arab Saudi selepas projek pembesaran selesai.

Projek pembesaran ini dibangunkan bagi menampung jumlah jemaah pada musim puncak dan mengutamakan kepentingan agama masjid itu. Ciri-ciri sejarah Pusat Quba akan dipelihara manakala monumen bersejarah berhampiran masjid akan dilindungi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: