Antarabangsa

Hina Nabi Muhammad, Produk Dari India Dikeluarkan Dari Pasaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

New Delhi, 06 Jun 2022 – Pasaraya di Timur Tengah keluarkan produk dari India sebagai hukuman kerana menghina Nabi Muhammad S.A.W dan ia merupakan kempen boikot besar besaran yang diumumkan di negara-negara Islam.

Bukan itu sahaja, beberapa majikan Arab turut mengeluarkan pekerja India (Hindu) selepas berlakunya penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W oleh pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP), Nupur Sharma semasa rancangan debat di seluruh saluran berita India.

BACA: Muslim Boleh Wujud Bersama Jika Serahkan 2000 Masjid Kepada Hindu – BJP 

BACA: Haramain: Imam Masjidil Haram Kutuk Dan Kecam Jurucakap BJP Kerana Hina Nabi Muhammad

BACA: Pelampau Hindu Demonstrasi Desak Tangkap Ulama Pertahan Nabi Dari Dihina

“Seorang India (tukang kayu), yang agamanya Modi, bekerja bawah tajaan saya. Dia sedang bercuti. Saya memberitahunya bahawa saya tidak mahu dia kembali kerana penghinaan Rasul kami,” kata seorang majikan.

Negara Timur Tengah yang terlibat termasuklah Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain yang menyeru agar produk dari India diboikot daripada pasaraya mereka.

Nupur Sharma bagaimanapun telah digantung daripada BJP berikutan kenyataan penghinaannya itu sekaligus satu permohonan maaf dikeluarkan olehnya dan mengatakan bahawa itu bukanlah niatnya untuk menyakiti sesiapa.

Baru-baru ini, satu kenyataan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W dikeluarkan oleh Sharma sewaktu beliau mengulas mengenai isu Masjid Gyanvapi di Varanasi dalam satu rancangan debat berita.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: