Arab Saudi Batalkan Visa Umrah Tuan Rumah
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
RIYADH, 26 Februari 2022 – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah membatalkan visa umrah tuan rumah yang membenarkan rakyat dan penduduk tempatan menjadi tuan rumah bagi jemaah dari luar Arab Saudi.
Menerusi satu saluran rasmi, pengumuman pembatalan pada 23 Februari itu dibuat bagi menjawab persoalan dari orang ramai mengenai perkara tersebut.
Kerajaan Arab Saudi sebelum ini memaklumkan visa umrah tuan rumah adalah tertakluk kepada piawaian dan keperluan mengawalnya.
Walau bagaimanapun, Kementerian Haji dan Umrah menjelaskan bahawa visa itu tidak akan dilaksanakan dan juga tidak menetapkan jangka waktu untuk mengaktifkannya semula.
Pengaktifan visa umrah tuan rumah akan membenarkan rakyat dan penduduk tempatan menjadi hos kepada jemaah dari luar Arab Saudi mengikut peraturan yang ditetapkan.
Kuasa visa ini membolehkan mereka membawa dan menjadi tuan rumah kepada tiga hingga lima jemaah yang datang untuk menunaikan ibadah umrah.