Dakwaan Masalah Bekalan Air, MB Pahang Seru Henti Fitnah Kerajaan Negeri
KUANTAN, 08 Mei 2023 – Susulan dakwaan berhubung masalah bekalan air di negeri itu, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyeru agar fitnah terhadap Negeri Pahang dapat dihentikan.
Kata beliau, perbuatan memfitnah merupakan suatu perkara yang tidak baik, tidak betul serta mengelirukan rakyat.
|Sedutan Video| Najmuddin Zahid
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar penyebaran fitnah berhubung Kerajaan Pahang dapat dihentikan meskipun ianya bermotifkan politik. pic.twitter.com/kxHvyWXG6E
— pahangmedia (@pahang_media) May 7, 2023
“Apa yang saya maksudkan ini perkara yang tidak berlaku, kadang-kadang benda itu berlaku di tempat lain, tetapi dikatakan di Pahang,” ujarnya.
BACA JUGA: YDPA Al-Sultan Abdullah Ketua Negara Pertama Hadiri Istiadat Pertabalan Raja UK
BACA JUGA: UAE Rancang Bina Masjid Cetakan 3D Pertama Di Dunia
BACA JUGA: Kawasan Hijau KL Makin Kritikal
Beliau yang berkata sedemikian selepas Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Dan Penyampaian Bantuan Haji Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1444H/2023 di Kuantan semalam turut menjelaskan, biarpun diketahui ia adalah agenda politik, tetapi ia sesuatu perbuatan yang tidak baik dan seharusnya persaingan berlaku secara sihat.
Kenyataan beliau ini adalah bagi menjawab kepada persoalan berhubung dakwaan masalah kualiti bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan di negeri ini yang tular di media sosial seperti Twitter dan Facebook.
“Macam Kerajaan Negeri bila diberi tanggungjawab, kita buat kerja, kita tidak akan menabur fitnah.”
“Kalau kata Kerajaan Negeri dah buat, contohnya dulu kawasan saya bekalan air sangat kerap berlaku, tetapi sekarang ini terganggu juga, tapi tidaklah sekerap dulu.”
“Memang kita akui, kita ada kelemahan tapi janganlah sampai memfitnah Kerajaan Negeri,” jelas beliau lagi.