Antarabangsa

Israel ‘Senyapkan’ Laungan Azan, Beri Ruang Naftali Bennet Beri Ucapan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 05 Mei 2022 – Penduduk Israel bertindak ‘mensenyapkan’ azan dengan alasan bahawa Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet sedang menyampaikan ucapannya di Tembok Barat.

Mereka ‘mensenyapkan’ azan itu dengan memotong wayar pembesar suara di luar Masjid Al-Aqsa yang mereka duduki bagi menghalang laungan azan untuk solat Maghrib.

Tindakan Israel itu mendapat kecaman daripada Gerakan Jihad Islam di Palestin dan Suruhanjaya Antarabangsa Menyokong Hak Rakyat Palestin (HASHD).

Berikutan itu, rakyat Palestin di wilayah itu diseru untuk menuju ke Masjid Al-Aqsa bagi mempertahankan tempat itu setelah polis Israel membenarkan peneroka Israel untuk menyerbu rumah suci tersebut.

Provokasi Israel berlaku sejak beberapa minggu lepas apabila penduduk Palestin yang ditempatkan di Masjid Al-Aqsa diserbu oleh tentera Israel dan peneroka Israel dalam bulan Ramadan.

Dalam bulan itu, Masjid Al-Aqsa diserbu, dicemar dan dicabul kesuciannya apabila ia dikosongkan daripada kehadiran jemaah. Bukan sahaja jemaah, tetapi wartawan dan paramedik turut diserang dan ditembak menggunakan peluru getah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: