Tempatan

Jadikan Isu Palestin Prioriti Berita Masyarakat – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 27 Mei 2022 – “Apa kita boleh buat? Kebanyakannya boleh kongsi dan suarakannya. Jadikan prioriti berita masyarakat. Kita terikut sangat prioriti barat. Masalah barat yang sudah berkuasa dan kaya, kita cuba tolong. Tetapi kepentingan kita sejagat kita lupa dan tidak kisah. Apahallah camni?”

Kenyataan tegas ini dikeluarkan oleh peguam, Lukman Sheriff melalui laman sosial Facebook milik beliau dengan mengatakan bahawa masyarakat kita lebih terikut dengan kepentingan Barat berbanding masyarakat sendiri.

Selain itu, beliau juga menyeru agar perkampungan Masafer Yatta di selatan Tebing Barat diselamatkan.

“Lebih 1000 orang akan dihalau keluar di tempat ini di Palestin, kononnya nak buat jalan pintas untuk askar Israel. Mereka dah duduk sana bergenerasi. Tetapi penempatan haram yang baru Israel. Yang berdekatan tiada masalah.”

Beliau turut berkesempatan berjumpa peguam-peguam di Palestin dan bertanyakan sebab terjadinya perkara itu.

“Mereka menjawab ringkas. Undang-undang asas mereka tidak mengiktiraf hak mereka. Sebab itu, mereka cubalah bukti macam mana sekalipun, mahkamah tidak mengiktirafnya. Kejam,” jelas peguam itu.

“Jenayah peperangan berlaku. Tetapi lihat betapa selektifnya sekutu-sekutu barat Israel. Lihat bagaimana rule of law dan due process disalahgunakan untuk melindungi jenayah peperangan.”

“Apa dunia buat? Senyap sahaja.”

Terdahulu, Mahkamah Agung Israel memutuskan untuk mengusir lebih 1,300 warga Palestin dari Masafer Yatta. Mereka berdepan risiko pemindahan secara paksa dari rumah mereka dan kemusnahan masyarakat berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: