Tempatan

Isu Anak Mualaf: Lebih Sebulan Tidak Dapat Dihubungi – Firdaus Wong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 29 Mac 2022 – “Nagaswaran atau ibu bapa saudara mereka boleh berkomunikasi atau berjumpa dengan mereka sekali sebulan tetapi selepas lebih sebulan, mereka masih belum dapat dihubungi,” ujar Ustaz Firdaus Wong Wai Hung.

Kenyataan itu dikeluarkan pendakwah terkemuka tersebut melalui laman Facebooknya beberapa hari lalu selepas ibu bapa saudara kepada tiga beradik itu meluahkan kerisauan serta kebimbangan mereka kepada beliau.

Hal ini berlaku berikutan daripada keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah yang membenarkan permohonan habeas corpus dibuat oleh Loh Siew Hong untuk mendapatkan semula hak penjagaan tiga anaknya.

Firdaus Wong memaklumkan, menurut perintah mahkamah, Nagashwaran atau ibu bapa saudara mereka dibenarkan untuk berkomunikasi atau berjumpa dengan anak-anak itu.

Malangnya, kini sudah lebih sebulan selepas Loh Siew Hong mengambil anak-anak itu tetapi mereka masih belum dapat menghubunginya.

“Bagaimanakah keadaan mereka?”

“Sekolah telah bermula, di manakah mereka? Adakah mereka didaftarkan untuk masuk sekolah atau sekadar duduk di rumah?”

“Jikalau Loh Siew Hong bekerja, siapakah yang menjaga tiga beradik itu serta anak keempat dan terbaru Loh Siew Hong yang baru lahir tahun lepas dengan lelaki lain…” soal Firdaus Wong.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: